Followers

Search

Loading...
Saturday, August 13, 2011

Info Rumah Pelajar Malaysia

Sila baca Syarat-syarat Penggunaan/Penginapan, Peraturan, Kemudahan Penginapan, dan Larangan berkenaan sebelum menempah Rumah Pela!ar Malaysia

1. RUMAH PELAJAR MALAYSIA

Rumah Pelajar Malaysia (RPM) ialah sebuah rumah yang disediakan (sewaan) oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan penggunaan dan penginapan sementara kepada persatuan-persatuan pelajar dan individu pelajar Malaysia di Jepun.

2. SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN/PENGINAPAN

2.1. Kelayakan dan Tempoh

(i) Kebenaran bagi penggunaan/penginapan sementara hanya terbuka kepada rakyat Malaysia yang menuntut di Jepun serta persatuan-persatuan pelajar Malaysia yang diiktiraf sahaja; dan

(ii) Tempoh penginapan sementara yang dibenarkan adalah selama satu minggu (7 hari) sahaja.

2.2. Kadar Sewaan

Kadar sewaan dan kelayakan yang dikenakan adalah seperti berikut:

(i) Yen 1000 bagi satu malam bersama deposit kebersihan sebanyak Yen 1000

- Individu pelajar yang menjadi ahli kepada MSAJ (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun atau KUJ (Kelab UMNO di Jepun).

(ii) Yen 2000 satu malam bersama deposit kebersihan sebanyak Yen 1000

- Individu / pelajar yang bukan ahli MSAJ atau KUJ

(iii) Yen 2000 bagi satu aktiviti (satu hari sahaja) bersama deposit kebersihan sebanyak Yen 1000

- Persatuan-persatuan pelajar Malaysia bagi menjalankan aktiviti tertentu seperti mesyuarat AJK dan sebagainya.

KBM walau bagaimanapun boleh memberi pengecualian bayaran sewaan kepada mana-mana pihak secara bertulis kepada PRP.

3. PERATURAN

(i) Semua pengguna Rumah Pelajar hendaklah mematuhi dan mengikuti segala peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh Badan Pengurus Rumah Pelajar Malaysia.

(ii) BPRK juga berhak menambah atau membatalkan apa-apa peraturan yang difikirkan perlu bagi melicinkan pengurusan Rumah Pelajar.

(iii) Memastikan barangan peribadi yang berharga dalam perhatian sendiri;

(iv) Menjimatkan penggunaan tenaga seperti menutup suis lampu, alat pemanas, kipas angindan air sebelum keluar;

(iv) Melaporkan kepada Pengurus masa keluar / masuk rumah kerana penginap tidak akan diberi kunci rumah

3.1. Peraturan Keluar / Masuk

(i) Masuk

a) Menghubungi Pengurus Rumah bagi penempahan menginap.
b) Setiap individu yang menginap dikehendaki mengisi Borang Penginapan dengan lengkap.
c) Mengemukakan kad ahli bagi ahli MSAJ/KUJ.
d) Membayar wang penginapan dan mendapatkan resit dari Pengurus Rumah.
e) Membawa kelengkapan peribadi untuk keperluan menginap.

(ii) Keluar

a) Menghubungi Pengurus bagi urusan keluar
b) Meletakkan semula segala kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di tempat asal
c) Mempastikan tiada barangan peribadi yang tertinggal

4. LARANGAN

(i) Berbual dan bercakap dengan suara yang kuat atau membuat bising.
(ii) Merokok di ruangan berlantikan tatami.
(iii) Membawa masuk sebarang alkohol atau minuman keras.
(iv) Membawa masuk sebarang makanan yang tidak halal.
(v) Membawa masuk sebarang binatang peliharaan.
(vi) Menakung air dlm tub untuk tujuan berendam.
(vii) Membuat sampah merata-rata

5. KEMUDAHAN PENGINAPAN DAN LAIN-LAIN

(i) Penginap akan disediakan kemudahan menginap seperti tilam, bantal dan selimut;

(ii) Penginap disediakan ruangan dapur dan alatan memasak untuk tujuan memasak;

(iii) Bahan masakan hendaklah disediakan oleh penginap sendiri;

(iv) Melaporkan kepada Pengurus masa keluar / masuk rumah kerana penginap tidak akan diberi kunci rumah; dan

(vi) Bilik bacaan juga disediakan untuk pengguna / penginap.

Panduan ke Rumah Pelajar Malaysia


View Larger Map
Tuesday, April 12, 2011

Kepada wakil pelajar setiap universiti/kolej

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar yang dihormati,

Untuk makluman Saudara/i, Pejabat ini sedang mengemaskini maklumat wakil pelajar setiap universiti dan kolej teknikal seluruh Jepun. Sehubungan itu, Pejabat ini memohon kerjasama Saudara/i untuk memaklumkan wakil pelajar yang telah dilantik di universiti dan kolej teknikal masing-masing untuk mengisi butiran maklumat di dalam laman web berikut:

https://spreadsheets0.google.com/viewform?formkey=dHlMYURKRlc4YTZFWE1qbnFtekoxY0E6MQ

Wakil pelajar yang dilantik ini akan berurusan dengan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo dalam pelbagai isu termasuk dalam hal-hal kecemasan dan sebagainya. Seboleh-bolehnya Pejabat ini memerlukan sekurang-kurangnya seorang wakil pelajar untuk setiap universiti & kolej teknikal. 

Kerjasama dan jasa baik Saudara/i dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian,

Muhammad Annizam Mohd Mohtar
Second Secretary
Human Resource Development
(Education and Training)
Embassy of Malaysia
20-16, Nanpeidai-cho
Shibuya-Ku, Tokyo 150-0036

Tel    :  +81-3- 3476 3840
Fax   :   +81-3-3476 1702
Emel :   annizam@hrdtokyo.jp
Tuesday, March 22, 2011

Berkenaan Kelas Sesi 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikutan kejadian gempabumi dan kerosakan reaktor nuklear di Fukushima, ramai pelajar tertanya-tanya status keselamatan di Jepun dan samada sesi pengajian April 2011 akan dibuka seperti biasa atau ditangguhkan. Pelajar yang sedang bercuti di Malaysia juga sedang dalam dilema samada perlu menangguhkan penerbangan balik ke Jepun atau meneruskan penerbangan sebagaimana dijadualkan.

Berhubung perkara di atas, ingin saya jelaskan beberapa perkara berikut:

1) Sesi Pengajian April 2011
    - Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Monbukagakusho (MEXT), selain daripada universiti yang disenaraikan di bawah, semua universiti akan memulakan sesi pengajian April 2011sebagaimana jadual asal tanpa sebarang penangguhan. Universiti/kolej yang menangguhkan sesi pengajian April 2011 ialah:

Universiti:
    i) Fukushima Univ : Belum menetapkan tarikh sesi dibuka
    ii) Ibaraki Univ       : Ditangguhkan sehingga; 11 April 2011 (Mito),  9 Mei 2011(Hitachi)
    iii) Iwate Univ        : Ditangguhkan sehingga 9 Mei 2011
    iv)Tohoku Univ      : Ditangguhkan hingga 25 April 2011
    v)Tsukuba            : Belum menetapkan tarikh sesi dibuka
    vi)Yamagata Univ. : Ditangguhkan hingga 20 April 2011

Teknikal Kolej:

    i) Sendai      : Belum menetapkan tarikh sesi dibuka
    ii)Fukushima: Belum menetapkan tarikh sesi dibuka
   iii)Ichinoseki  : Ditangguhkan hingga 15 April 2011
   iv) Ibaraki      : Ditangguhkan hingga 15 April 2011

Sehubungan itu, pelajar di universiti/kolej yang terlibat yang sedang bercuti di Malaysia bolehlah menangguhkan kepulangan ke Jepun mengikut tarikh sesi pengajian masing-masing. Manakala, bagi pelajar universiti/kolej yang tidak menangguhkan sesi pengajian, bolehlah kembali ke Jepun mengikut perancangan asal supaya tidak menjejaskan pengajian Sem 1 2011 kelak. Pejabat ini akan bekerjasama rapat dengan Monbukagakusho dan pihak univ/kolej berhubung sesi pengajian 2011. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada semua pelajar dengan segera.

Sekiranya masih terdapat pertanyaan atau keraguan, semua pelajar bolehlah merujuk terus kepada saya melalui emel ini ctz@hrdtokyo.jp.

Sama-samalah kita berdoa krisis ini akan cepat berakhir dan semua pelajar dapat meneruskan sesi pengajian tahun 2011 dengan sempurna seperti sedia kala.

Siti Zaharah Omar
Penasihat Pendidikan & Latihan
Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA
Kedutaan Besar Malaysia , Tokyo

Tel    :  +81-3- 3476 4219 ( Direct Line)
Faks   :+81-3-3476 1702
Bimbit : +81-90-4626-4367
Sunday, March 20, 2011

Mesej dari kedutaan 20110320

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar,

Untuk makluman, Pejabat ini menghadapi banyak masalah mengenal pasti pelajar yang menghantar emel pemaklumkan status semasa ke Pejabat ini. Ada di antara pelajar yang tidak mengemukakan nama penuh mereka dan ianya sedikit sebanyak menyukarkan Pejabat ini mengetahui kedudukan semasa pelajar sama ada di Jepun atau sebaliknya.

Sehubungan itu, Pejabat ini memohon kerjasama Saudara/i untuk mengemaskini maklumat semasa di laman web berikut:

https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dHl0RjRTZ29Bek9PU0dia2dFVEJtWEE6MQ 

Kerjasama dan jasa baik Saudara/i dalam perkara ini amat dihargai.

Sebagai makluman tambahan, kepada pelajar yang masih berada di Jepun mohon kerjasama Saudara/i untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa dan selalui melayari laman web Kementerian Luar Negeri (http://www.kln.gov.my/) untuk mengetahui perkembangan kejadian gempa bumi di Jepun.


Sekian,
Muhammad Annizam Mohd Mohtar
Second Secretary
Human Resource Development
(Education and Training)
Embassy of Malaysia
20-16, Nanpeidai-cho
Shibuya-Ku, Tokyo 150-0036

Tel    :  +81-3- 3476 3840
Fax   :   +81-3-3476 1702
Emel :   annizam@hrdtokyo.jp
Friday, March 18, 2011

Suhu turun mendadak, krisis bekalan elektrik

Pemutusan bekalan elektrik secara berkala masih berterusan, tetapi penurunan suhu serendah 0 darjah ke bawah di kebanyakan kawasan di Jepun menyebabkan penggunaan elektrik naik secara mendadak. Kerajaan Jepun menyeru penduduk di Jepun supaya mengurangkan penggunaan elektrik bagi mengelakkan elektrik seluruh negara terputus secara tiba-tiba apabila penggunaan elektrik melebihi kuota pusat penjana. Gempa bumi kecil masih berterusan tetapi gempa bumi ini yang dipanggil aftershock tidak menyebabkan tsunami atau runtuhan.
Thursday, March 17, 2011

Mesej dari kedutaan

Tuan/Puan,

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo telah menerima banyak pertanyaan berhubung perkembangan terkini mengenai insiden kerosakan loji kuasa nuklear di Fukushima. Berdasarkan laporan rasmi yang diterima daripada Kerajaan Jepun, paras kebocoron adalah masih di peringkat rendah yang tidak membahayakan kesihatan. Pada masa ini, tuan/puan dinasihatkan untuk berada di tempat masing-masing dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.  Untuk rujukan rasmi perkembangan semasa berhubung perkara ini, Tuan/Puan bolehlah merujuk kepada Portal Kementerian Luar Negeri http://www.kln.gov.my/  ,  Portal Japan Atomic Energy Agency http://www.jaea.go.jp/english/  dan   http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html.  

Untuk rujukan bersama, berikut adalah laporan yang disediakan oleh Bahagian Politik Kedutaan Besar Malaysia kepada Wisma Putra berhubung insiden loji kuasa nuklear di Fukushima yang akan dimuat naik ke laman web Kementerian Luar Negeri dalam masa terdekat:

Laporan:

14 Mac 2011

·        Susulan letupan hydrogen di Reaktor No.3 Di Fukushima No.1 Power Plant Kementerian Luar Negeri Jepun telah memberi pada jam 5.00 pm, 14 Mac 2011.  Antara perkara-perkara yang telah dimaklumkan adalah:Ø        Satu letupan hidrogen telah dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi, 14 Mac 2011 (waktu tempatan) di reaktor no.3 di stesen janakuasa nuklear Fukushima No. 1. Letupan berlaku akibat percampuran gas hidrogen dan oksigen akibat tahap air yang rendah dalam reaktor tersebut. Tahap air rendah berlaku apabila bekalan elektrik bagi pam air ke dalam reaktor terputus akibat gempa bumi pada 11 Mac 2011;

Ø        Containment vessel yang merupakan core reaktor paling penting tidak terjejas. TEPCO telah mengambil semua langkah “cooling down” termasuk dengan mengepam air laut ke dalam reaktor.;

Ø        Radiasi yang diukur sebelum dan selepas letupan di dalam stesen janakuasa tersebut tidak menunjukkan perbezaan ketara dan makin menurun. Data tahap radiasi yang diukur adalah seperti berikut:
²       11.37 a.m. 50 micro siervet per hour
²       11.44 a.m. 20 micro siervet per hour

Ø        Arah angin juga telah banyak membantu kerana membawa debu daripada letupan tersebut yang mungkin mempunyai bahan radioaktif ke arah Lautan Pasifik dan bukan ke kawasan di mana penduduk adalah padat

Ø        Kementerian Luar Negeri Jepun menasihatkan penduduk yang tidak terlibat dalam kawasan perpindahan iaitu dalam linkungan 20km radius supaya meneruskan kehidupan harian seperti biasa dan terus bertenang. Hanya terdapat kemungkinan catuan elektrik yang dijangka akan menjejaskan serba sedikit keselesaan hidup penduduk setempat.


Ø        Maklumat terkini berkenaan status stesen janakuasa nuklear Fukushima No.1 boleh didapati di laman web Nuclear and Industrial Safety Agency of Japan (NISA) di http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html

Ø        Kementerian Luar Negeri Jepun sekali lagi menekankan insiden di Fukushima adalah tidak boleh disamakan dengan insiden di Chernobyl.

15 Mac 2011

Susulan letupan hidrogen di reaktor no 2 di stesen janakuasa nuclear Fukushima No. 1 pada awal 15 Mac 2011, Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengadakan satu sesi taklimat pada jam 5.00 pm.  Antara perkara-perkara yang dimaklumkan adalah:
·        Satu letupan hidrogen telah dilaporkan berlaku pada 6.01 pagi (waktu tempatan), 15 Mac 2011 di reaktor no.2 di stesen janakuasa nuklear Fukushima No. 1. Punca letupan berlaku adalah sama seperti reaktor no.1 dan reaktor no.3 iaitu akibat percampuran gas hidrogen dan oksigen kerana tahap air yang rendah dalam reaktor tersebut.

·        Memandangkan tahap radiasi yang meningkat berikutan letupan reaktor no.2, TEPCO berpendapat kemungkinan terdapat kerosakan pada containment vessel reaktor no.3 iaitu di suppression pool. TEPCO telah mengambil semua langkah “cooling down” termasuk dengan mengepam air laut ke dalam reaktor..

·        Lanjutan itu, TEPCO telah mengarahkan 750 orang pekerja di stesen janakuasa Fukushima No.1 untuk meninggalkan tapak manakala 50 orang pekerja terus berada di stesen bagi meneruskan kerja-kerja “cooling down”. Sebagai langkah berjaga-jaga, Kerajaan Jepun juga telah mengarahkan penduduk yang tinggal antara 20km radius ke 30km radius untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing.

·        Di samping itu, reaktor no.4 Fukushima No.1 yang tidak berfungsi semasa kejadian gempa bumi pada 11 Mac 2011 telah dilaporkan mengalami kebakaran di bangunan reaktor. Dilaporkan juga terdapat bahan radioaktif yang dilepaskan semasa kebakaran walaupun bacaannya masih belum dapat ditentukan. Punca kebakaran juga masih belum disahkan.
·        Sebelum sesi taklimat, TYT Yukio Edano, Chief Cabinet of Secretary of Japan telah membuat sidang akhbar pada jam 4.00 pm dan menyatakan bahawa bacaan radiasi semakin berkurangan pada petang 15 Mac 2011. Mr. Edano juga telah memberikan status terkini reaktor berkaitan seperti berikut:
o       Status semua 4 unit reaktor di stesen janakuasa nuklear Fukushima No.2 adalah dalam tahap “cooled down”.

o       Tahap air dalam reaktor no.1, no.2 dan no.3 stesen janakuasa nuklear masih rendah dan kerja-kerja mengepam air ke dalam reaktor berkenaan bagi tujuan “cooling down” masih diteruskan. Manakala kebakaran di reaktor no.4 telah dipadamkan dan kerja-kerja mengepam air telah dimulakan.

·        Bagi daerah Tokyo, Tokyo Metropolitan Government (TMG) telah mengumumkan bacaan radiasi yang sangat rendah telah dapat dikesan berikutan letupan hidrogen reaktor no.2 . Data yang direkodkan antara 1700hrs, 14 Mac 2011 dan 0900hrs, 15 Mac 2011 adalah seperti berikut:
            Maksimum     0.147 micro siervet per hour
            Minimum        0.030 micro siervet per hour
            Purata             0.045 micro siervet per hour
            Ini dibandingkan dengan bacaan radiasi normal iaitu antara 0.08-0.09  micro siervet per hour.

Arah angin pada pagi 15 Mac 2011 yang menghala ke bawah membuatkan asap letupan tersebut yang membawa bahan radioaktif ke arah kawasan Kanto termasuk Tokyo. Walau bagaimanapun, arah angin dijangka akan berubah malam ini dan ramalan cuaca sejuk untuk dua hari berikutnya dijangka akan membantu mengawal asap bahan radioaktif daripada terus merebak.
Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengeluarkan nasihat-nasihat berikut kepada semua Perwakilan Diplomatik Asing di Jepun: 
Menasihatkan warganegara masing-masing untuk bertenang dan terus mengikut nasihat kerajaan tempatan (prefecture) masing-masing. Kerajaan tempatan akan membuat pengumuman sekiranya mereka akan mengambil sebarang langkah bagi mengawal situasi ini.  Buat masa ini, arahan evakuasi adalah hanya bagi penduduk yang bermastautin di dalam linkungan 20 km radius daripada nuklear reaktor Fukushima.  Bagi penduduk yang bermastautin di dalam lingkungan 20-30 km radius daripada nuklear reaktor Fukushima, pihak berkuasa Jepun telah menasihatkan agar penduduk di kawasan ini tidak meninggalkan kediaman masing-masing.  Nasihat ini adalah sebagai tindakan berjaga-jaga dan bukan atas sebab keselamatan yang mendesak

Menasihatkan warganegara masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan status stesen janakuasa nuklear Fukushima No.1 di laman web Nuclear and Industrial Safety Agency of Japan (NISA) di alamat berkenaan:
                   http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html

Kedutaan berharap Tuan/puan dapat mengikuti secara rapat perkembangan terkini status semasa berhubung perkara ini melalui laporan-laporan yang akan dikeluarkan di Portal rasmi Kementerian Luar Negeri dari masa ke masa.

Sekian, untuk makluman dan perhatian bersama.

Siti Zaharah Omar
Penasihat Pendidikan & Latihan
Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA
Kedutaan Besar Malaysia , Tokyo

Tel    :  +81-3- 3476 4219 ( Direct Line)
Faks   :+81-3-3476 1702
Bimbit : +81-90-4626-4367
Tuesday, March 15, 2011

Gempa bumi 15hb

Gempa bumi magnitud 6 telah melanda Shizuoka dan kawasan sekitarnya pada jam 10:31pm hari ini. Tiada tsunami terhasil dan masih belum ada kecederaan serius dilaporkan. Bekalan elektrik telah diputuskan di beberapa kawasan hari ini secara berkala dan akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya 2 hari lagi.

Total Pageviews

MAKLUMAT LANJUT GEMPA BUMI JEPUN

Sila rujuk laman web berikut untuk maklumat terkini mengenai gempa bumi, tsunami, dan radiasi di Jepun.
1) NHK World (http://www3.nhk.or.jp/nhkworld/index.html)
2) Japan Times (http://www.japantimes.co.jp/)

~ bicara hari ini ~

"Amanah itu bukanlah sesuatu yg perlu dicari, namun apabila diterima, bukanlah utk ditolak, laksanakanlah.." -aNonymouS-
"Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal"." (QS. Al Taubah: 51) [Surah Al-Baqarah, 2:261]

corner cafe